Tuesday, September 29, 2009

jamuan raya

aku bacadang nak buat jamuan raya..sambil tu boleh bertemu semula dengan rakan -rakan lama..apa pendapat korang?? ada sugestion tak??

Sunday, September 20, 2009

SALAM LEBARAN..SELAMAT HARI RAYA


Dikesempatan ini Syarifah pun nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin buat semua kawan2 ABS yang sempat menjenggah ke blog ini.Tahniah & terima kasih buat Rudy kerana kegigihan dia kita semua masih ada kesempatan untuk berbicara walaupun x sempat lagi nak berjumpa.

Friday, September 18, 2009

Lawak Pagi Raya..

Lawak hilangkan mengantuk



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!




JANGAN MARE YE.SELAMAT ARI RAYA

Thursday, September 17, 2009

Besar Pengertian Kawan Bagiku...Terima kasih kawan

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan....... 1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingati dan tidak melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..." Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?? Mereka berkedip bersama..........., Bergerak bersama........, Menangis bersama........, Melihat bersama dan............, Tidur bersama........... Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain..... PERSAHABATAN seharusnya seperti itu............. Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ..............

Wednesday, September 16, 2009






Aku pon nak ucapkan selamat hari raya...inilah keluarga ku... 3 org anak ...najwa, najmi & yasmin. masing2 punyai charactor berbeza.. kengkadang tuh menguji kesabaran jugak..

selamat raya gang!!



Tulah sama mcm rus..aku dikesempatan ni nak ucap selamat hari raya kpd semua gang yang kenal aku ni..
Maklumlah masa sekolah dulu kannya aku ni jenis ganas dan garang sket..
So kekadang tu maybe ada kata kata yg menyinggung perasaan.
Ni gambar aku masa kat terengganu..
Wife aku yg ambik gambor ni..so..itulah 4 org anak aku..8,5, dan 4 tahun..
Yg last sekali kecik lagi..baru 5 bulan..

Selamat hari raya.. maaf zahir dan batin..

p/s..gambar baru bangun tidor ni sebenarnya..hik hik hik

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya



Di kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.. Jemputlah datang ke rumah di Nilai Impian. Raya tahun ni raya di Melaka, dan raya kedua baru balik ke Pahang. Ni gambar raya tahun 2008, tema masa tuh baju oren hehehe, tahun ni punye tema? tunggguuuuu..



Anak yang sulung tuh dah darjah 5 and yang second tuh baru 4 tahun.

Ni, gambar raya 2007, masa buat open house kat cardiff, tapi masa tuh tak dok tema, pakai je baju apa nak pakai.

Ok lah kengkawan, saja je sebenor nya, nak ucapkan selamat hari raya. Moga lepas raya nanti boleh lah kita pakat pakat jumpa.. yang pasti wa kena turun KL le... oklah lain lali tulis lagi..



Monday, September 14, 2009

Jangan Ketawa - 1

Satu hari, Ah Long menelefon Ah Siang utk mempromosi perniagaan jualan langsungnya....
Selepas memperkenalkan dirinya beliau bertanya beberapa soalan kpd Ah Siang.....

Ah Long: Lu berapa gaji dpt?

Ah Siang: RM30 billion!!!!

Ah Long: Haa!!!....(terkejut la tue) satu bulan atau satu tahun???

Ah Siang: satu tahun laa...

Ah Long: Wah... itu macam satu bulan berapa lu dapat????

Ah Siang: Haiyah!!! Lu kiralah sendiri itu 30 billion bagi 12 bulan laaa....(meninggikan suara).....

Ah Long: Aiyoo....manyak betui woo...itu macam apa kerja lu bikin???

Ah Siang: Haiyah...gua kerja BIKIN MIMPI maa!!!!

Ah Long: Apa???? (tak paham mamat nie)

Ah Siang: ...dengan meninggikan suara.... Gua kerja BIKIN MIMPI macammana mau dapat itu RM 30 billion maa!!!!!...haiyaa....bodot punya olang.....

......dengan tak semena-mena Ah Long terus meletak telefonnye....dan Ah Siang terus memaki hamun si Ah Long itu..... huhuhu....

testing

hi kengkawan... testing 123....

Sunday, September 13, 2009

Cikgu Roziky

Tentu korang masih ingat cikgu ni kan?? Gambar ni rasanya aku ambik tahun lepas..
Masa ni aku kebetulan menemankan biras aku ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Kat citu aku berjumpa cikgu Roziky. Dia bertugas sebagai pensyarah dan juga pegawai kanan di Maktab berkenaan.

Friday, September 11, 2009

Gathering

Gang..aku rasa best betulah dapat berjumpa semula ni..
Jomlah kita buat gathering..kalau nak buat masa ni pun tak ramai lagi yg kita dapat kumpul..
Mungkin buat permulaan lepas raya ni kita jumpa atau makan-makan kat area KL ni..
Ada idea ka???

try

weh saja je nak try, kalau jadi boleh tulis lagi... merapu betul,,,

Thursday, September 10, 2009

Kenanganku....

Salam semua....
Selamat berpuasa dan selamat dalam persiapan meyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelma...
1987 - 1993....tujuh tahun....itulah tempohnya aku bersama dan menjadi warga ABS...dari kelas perintis Rancangan Khas (RK) pada tahun 1987-1989, kemudiannya ting. 4 & 5 Akaun a.k.a Fairuz...seterusnya ke tingkatan 6 Bawah & Atas Jauhari....maknanya buat masa ini akulah warga ABS yg paling senior kat sini...hehehe...ada lagi yg seangkatan dgn aku seperti Icah dan Suraya (6 Juara)....dari zaman Pengetua Yap kok Keong yg ditakuti sehinggalah ke zaman Pengetua Ghazali(agaklah namanya...) mcm2 pengalaman n peristiwa yg dilalui dalam meniti usia remaja...pahit manis suka duka semuanya ada....konflik jiwa remaja pun pernah dirasa...hmmmm...macam2 ada...
but, alhamdulillah, semuanya menjadi pengalaman hidup yg amat berguna...menjadikan diri kita semakin matang dalam menghadapi cabaran mendatang.....
for this time, aku fokuskan sahaja kpd waktu aku bersama korang sume di ting. 6 Jauhari.......


bersama2 cikgu Roziki (aku lupa dah kat ne, sape2 leh bgtau) mase 6 bwh Jauhari....

92-93....bersama kalian di ting. 6, beberapa peristiwa yg aku ingat....permulaannya bermula di dewan mcm dewan kuliah (apa tah namanya) mase 6 bwh, then pindah ke kelas di sebelah dewan tu...bersama guru kelas cikgu Roziki (kot?)...then di di bangunan tingkat 3 coz dah naik 6 atas...bersama guru kelas Pn. Fauziah yg telah berkahwin di pertghan thn...dan berpindah ke Sarawak.....then cikgu Mano mengambil alih kelas kita....


atas jambatan gantung nak pergi kenduri cikgu fauziah....anak2 dara time tue...


kenangan bersama cikgu Fauziah.....bdk2 lelakinye ada tp sume tak naik atas rumah takde lah gmbr yek...


buat sesiapa yg terasa rindu utk menatap wajah jejaka2 hensem tika itu....hehehe....
asyik gmbr awek aje marah pulak nanti....

sbhg drp awek2 cun tue..... :)....
hahaha..... tersenyum aje korang menatap gmbr2 ni kan!!!! aku pun.... wat masa ni gmbr2 tu lah dulu.... InsyaAllah lain kali ada lagi....
dimana mereka sume skrg yek....masing2 meneruskan perjalanan kehidupan....brp org yg masuk U dr kelas ini yek....tak ingat aku...yg pasti aku ingat satu pencapaian yg baik bg kelas ni coz ramai yg dapat 5P....aku teringat kata2 si Rahmat Dzohari, menyesal aku tak belajar betul2, member2 aku termasuk member2 baik aku si yusri dan sorang lg tu pun leh berjaya... yusri masuk UMS kan?.... ha... betullah dia budak pandai tp sgt nakal n tak yakin ting 6 boleh membawa dia kemana2.....tu sebab dia nakal sikit kot....aku ingat la peristiwa cikgu nik keluar dr kelas tetiba....huhuhu....
yg pasti STPM membuka peluang semula kpd kita sume untuk meningkatkan diri.....menjadi siapa diri kita hari ini....apapun adatlah bagi yg berjaya dan kurang berjaya time STPM tue....namun ia bukan alasan untuk kita menjauhkan diri drp rakan2 seperjuangan kita dulu...
oklah inilah sahaja buat permulaan catatanku di blog ini........ berakhir disini.....












































Monday, September 7, 2009

terkenang masa lalu...

Gambar kelas di dewan besar ABS..
Duduk dari kiri: Yusri,Kamarul,...../Nazri, Zamri,......, Zaini, Rudy,Raja
Berdiri dari kiri: .....,....., Rodziah, .....,......, Norhailah, .....,.....,Rusmawati, Mazni,....,.....,......(yg titik titik lupa daa..)

Ni sebahagian awek-awek cun masa tu..

Kenangan bersama cikgu manoharan..guru kelas kami

salamz...

Pekabor semua..aku saja-saja buat blog ni memandangkan da lama betoi tak jumpa rodong sama-saa masa blajor kat abs temerloh dulu..
Semoga blog ini memberi ruang kepada kita semua mengumpulakan diri masing-masing..manalah tahu satu hari nanti kita boleh bergabung semula wehh..

Seingat aku aku berada di ABS 2 tahun ajer..1993 dan 1994..sahaja..kalau aku masih tak lupalah..Itupun masa aku tingkatan enam..aku enam jauhari..ada lagi 6 johan, 6 jaksa, 6 juara..

Jadi kenangan selalu mengusik jiwa mengingatkan rakan-rakan lama yang entah kemana perginya..cikgu-cikgu yg banyak berjasa juga dah tak tahu kat mana portnya sekarang ini..

Mohlah kita berlonggok melepak disini weh...


Rudy
6 jauhari